Rabu, 10 Agustus 2011

Ali bin Abi Thalib dan Seorang Nasrani Tua

Suatu hari Sayyidina Ali Karramallaha Wajhah tergesa-gesa untuk menunaikan sholat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah. Di tengah perjalanan ke masjid, Sayyidina Ali bertemu dengan orang tua beragama Nasrani bertongkat sedang berjalan dengan sangat perlahan dan ditangannya memegang pelita untuk menerangi jalan yang gelap gulita.


Sayyidina Ali mengikuti saja langkah orang tua itu kerana beliau tidak sanggup memintas orang tua itu karena menghormatinya. Apabila tiba di masjid, Sayyidina Ali bergegas masuk ke masjid untuk menunaikan sholat subuh berjemaah bersama Rasulullah. Ketika Sayyidina Ali memasuki masjid di dapati Rasulullah sedang rukuk. Rukuk Rasulullah pada kali itu sungguh lama, tidak seperti biasa, seolah-olah menanti Sayyidina Ali turut serta sholat berjemaah.

Setelah selesai sholat subuh Sayyidina Ali bertanya kepada Rasulullah ” Ya Rasulullah, kenapakah engkau memanjangkan rukuk pada kali ini, belum pernah engkau lakukan sebelum ini”. Jawab Rasulullah ” Semasa aku sedang rukuk, dan ketika aku hendak iktidal, tiba-tiba datang Malaikat Jibril dan menekan belakangku. Setelah lama menekan barulah aku dapat iktidal”.

Mendengar jawaban Rasulullah, Sayyidina Ali menceritakan apa yang terjadi semasa perjalanannya ke masjid tadi. Rupa-rupanya Allah telah mengisyaratkan kepada Rasulullah supaya menanti Sayyidina Ali supaya dapat ikut serta sholat subuh berjemaah. Allah menghargai sikap Sayyidina Ali dengan memberi kesempatan Sayyidina Ali agar dapat sholat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah kerena sikap Sayyidina Ali merendah diri dan menghormati orang tua Nasrani itu.

Sumber: Kumpulan Kisah-kisah Teladan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Posts with Thumbnails