Keris Tilam Sari
Keris  berdapur tilam sari ini jelas adanya pengaruh buatan daripada empu  Kerajaan Majapahit. Pengaruh dari Kerajaan Majapahit di sini adalah  daripada jenis tikungan wedidangnya.

Sejarah Keris Tilam Sari 
Keris ini di anggarkan telah  di buat pada abad ke 15 iaitu di zaman Kerajaan Majapahit Runtuh  (akhir). Berdasarkan fakta sejarah, semasa Kerajaan Majapahit dengan  rajanya bernama Brawijaya Pamungkas atau Bre Kertabumi (Brawijaya V),  beliau telah pergi ke Gunung Lawu kemudian Moksa yang masih terdapatnya  Kerajaan Majapahit akan tetapi bukan lagi sebagai kerajaan yang besar.  Pusat Kerajaan Tanah Jawa ketika itu ada di Demak Bintoro.
 
Ketika  itulah, adanya seorang empu yang telah mengabdi dirinya kepada Kerajaan  Majapahit sehingga pemerintahan Raja Brawijaya yang ke VII.
Maksud  di sebalik falsafah empu terhadap dapur Tilam Sari adalah mengambil  pengertian Tilam sebagai tempat pembaringan, tempat beristirahat dan  daripada segi bahasa moden bermaksud tempat tinggal. Sari pula bermaksud  harum, wangi, semerbak.
![[IMG_7855aaa.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiExSRRqdSj7dgGViqpDqKV4yyo4z9txmC1jc4xbLy0WKj511x994wkc1VTqHTXFkrrakkNm3JbFP3vKGMiF5nuJxosU-t5h5_zRkcMcdCFGluACYKnewYyeE__vQfz312hwCXAkt05v1Xp/s400/IMG_7855aaa.jpg)
Pengertian Tilam Sari apabila di  cantumkan adalah membawa makna bagi mendapatkan tempat berteduh yang  harum semerbak baik di hadapan Tuhan Yang Maha Esa maupun sesama  manusia. Konsep doa daripada empu yang diharapkan terhadap keris  berdapur Tilam Sari adalah agar pemilik atau penghuni rumah yang merawat  keris berdapur Tilam Sari akan selalu mendapatkan kemuliaan,  kebahagiaan, kedamaian, nama yang harum, dihormati orang disekelilingnya  dan selalu mendapatkan perlindungan keselamatan daripada Tuhan Yang  Maha Esa.
Pamor yang dikenakan di keris Tilam Sari ini adalah  berpamor Kul Buntet jenis pamor miring dan susulan. Doa empu agar si  pemilik keris ini akan selalu dilindungi oleh Tuhan Yang Maha Esa  daripada hal-hal yang kurang baik.
 
 
Terdapat 3 kombinasi bentuk pamor iaitu 1 pamor kul buntet dan 2 pamor lagi disebut pamor tambal.
Angka 3, tri (bahasa Jawa) dalam falsafah perkerisan membawa pengertian kepada perkara berikut:
a.   Eling bermaksud selalu ingat, bahwasanya kita manusia adalah makhluk  ciptaan Tuhan Yang Maha Esa yang suatu saat akan kembali kepada-Nya.
b.   Tresno bermaksud selalu mengasihi /menyayangi Tuhan Yang Maha Esa yang  membawa pengertian kepada berkasih sayang terhadap orang tua, anak,  keluarga dan sesama manusia.
c. Nglakoni bermaksud kerja, orang  Jawa mempunyai falsafah iaitu hidup adalah kerja dan hendaklah melakukan  terhadap apa yang harus dikerjakan.

Ricikan keris tilam sari  adalah bergandik polos, tikel alis, pijetan dan tingil. Ricikan tingil  berbentuk tonjolan tajam seperti duri hanya sedikit sekali nampak,  letaknya tepat diakhir tikungan wedidang daripada sebilah keris berdapur  tilam sari.

Falsafah empu terhadap ricikan tingil adalah apabila  si pemilik keris mempunyai ilmu pengetahuan tentang apa juga perkara  seperti ilmu pertanian, ilmu agama, ilmu senibina dan sebagainya, empu  mengharapkan pemilik keris ini janganlah berlaku sombong dengan segala  ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Biarlah masyarakat yang akan  melihatnya sebagai seseorang yang memiliki ilmu pengetahuan yang  tinggi,manfaatkan ilmu yang dimilikinya dan tidak sombong dengan ilmu  yang dimiliki.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Jenis warangka adalah Gayaman Surakarta  (gandariras) Pakubuwanan menggunakan jenis kayuTrembalo Aceh, ada juga  yang menyebutnya sebagai kayu Ambon. Kayu ini apabila terkena cahaya  akan ternampak perubahan atau seperti permainan cahaya (bahasa jawa  disebut nginden)
Jenis hulu adalah ukiran Surakarta (Pakubuwanan)  ada juga yang menyebutnya sebagai Tunggak Semi Surakarta. Bahan (kayu)  yang dipergunakan adalah kayu kemuning. Dalam aspek seni spiritual kayu  kemuning adalah salah satu kayu yang dianggap bertuah.

Kemuning  bermaksud wening atau hening atau ning. Pada saat orang bermeditasi yang  telah mencapai suatu titik tertentu orang Jawa menyebutnya sebagai  hening atau ning. Kebanyakkan orang yang faham mengenai kayu ini, mereka  menggunakan kayu kemuning ini untuk di bentuk tasbih. Tasbih inilah  yang sering digunakan untuk berzikir.
Penggunaan kayu jenis ini  untuk hulu keris dimaksudkan agar getaran keris yang tidak terkawal  dapat dikendalikan dengan adanya unsur getaran daripada kayu kemuning.
Jenis mendak adalah mendak Banyumasan menggunakan bahan tembaga dan menggunakan jenis pendok blewah kinatah (bahan kuningan).
by: firman w asmoro 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
apakah anda tertarik dengan keris koleksi saya ? saya punya keris blarak sinyeret pendeta pertapa dan keris kyai tilam kope..
BalasHapusSalam bwt admin.. Ijin share. Thx
BalasHapusSya pny keris sama bentuk nya kegunaanya blm tau,,tanpa sarung,tolong di jawab
BalasHapusBagus mas Keris nya , yg tilam sari mahar berapa ya mas...
BalasHapusKomentar ini telah dihapus oleh pengarang.
BalasHapus